Sunday, 23 September 2012

Cuba untuk menghiburkan kalian..hewhewhwe


Ahaa..kali ni mai la baca aku punya ceqita lawok nih..kalau hampa baca tak lawak pun..alaa buat2 lawak pi laa sekali sekala hilangkan stress tu..hee selamat menjamu selera mmbaca entry saya kali nih...hee ^_^

Ada sorang makcik datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang makcik ni akan menginap. Si makcik mengikut pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, makcik tu melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku bayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini 
bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

Dengan wajah yang boring, pelayan itu berkata "Makcik, ini lift lah!!!"

DUA EKOR HANTU

Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian...aku dulu mati sebab heart attack." Kata hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal kau tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas hantu B.

"Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab hantu A sayu.

"Cerita la sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapat la tangkap diorang?" tanya hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika hantu B berkata,

"Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?"

3 SAHABAT

Ada tiga sahabat, satu kura-kura..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari kura-kura mengundang dua temannya ke rumahnya buat jamuan kecil-kecilan. So..mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura-kura. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain...si kodok berkata, "Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... "

Kura-kura : Iya la..sorry la gua lupa lak standby satu....beli jer kat 
warong depan tuh!

Katak: Apsal aku plak......kau kan tuan rumah.

Kura-kura: Ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat.

Katak: So kalau gitu mintak je ulat gonggok tolong....

Kura-kura: Oh iya ya..ulat gonggok tolong gi jap

Ulat Gonggok: Aiya.....korang aje la

Katak: Ala ..gi saja la kita orang dah undi kau

Akhirnya si Ulat gonggok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura-kura menunggu ......

Lima minit menunggu...si Ulat gonggok tak tiba juga...10 minit..20 
minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gonggok masih tak 
timbul-timbul.

Katak: Ulat gonggok pegi mana hah tak sampai-sampai..?

Kura-kura: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!

Katak: Jom..!

Bila jer kura-kura buka pintu...Ulat gonggok sudah pun berada di depan pintu.

Kura-kura: Hah tu pun dia..!

Katak: ...Mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?

Ulat Gonggok: ..Apa rokok-rokok??...Aku jalan pun belum..!!

Katak: Haah! tak bergerak lagi? ...Jadi dari tadi buat apa...?

Ulat Gonggok: Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!


7 mIRACLe HoLes in The WORLD ^_^


1. Kimberley Hole – Afrika Selatan
Lubang Besar Kimberley berada di Afrika Selatan dan lubang ini mencapai kedalaman 1.097 meter dan garis tengah lubang ini adalah 463 meter. Lubang ini adalah yang terbesar yang pernah digali manusia di atas bumi ini. Dari tahun 1866 hingga 1914 (ditutup pemerintah) sebanyak 50.000 penambang telah menggali lubang ini dan menghasilkan lebih dari 3 ton berlian. Jumlah tanah yang terbuang oleh penambangan diperkirakan sekitar 22,5 juta ton.
kimberley hole 1kimberley hole 2
2. Glory Hole – Monticello Dam,
California
Lubang ini merupakan spillway terbesar di dunia, digunkan apabila air sudah melebihi kapasitas waduk dan harus dikurangi volumenya. Dengan ukuran ini memungkinkan untuk mengkonsumsi 14.400 kubik air setiap detik.  Lokasi lubang ini berada di Bendungan Monticello, California, Amerika.
glory hole 1glory hole 2glory hole 3Coba perhatikan lubang pada bagian kiri gambar di atas, jika Anda melompat ke dalam maka Anda akan keluar dari pancaran air di dekat bagian bawah bendungan (Gambar di bawah).
glory hole 4
3. Bingham Canyon Mine – Utah
Lubang ini dibuat manusia untuk pertambangan. Pengerukan dimulai pada tahun 1863 dan masih terus berlangsung sampai dengan hari ini. Pada saat ini ukuran lubang adalah dengan kedalaman 0,75 mil dan lebar 2,5 mil.
bingham canyon 1bingham canyon 2
4. Great Blue Hole – Belize
Fenomena geografis yang luar biasa ini dikenal sebagai “Blue Hole” terletak 60 mil di bagian daratan Belize. Terdapat banyak “blue hole” di seluruh dunia, tetapi tidak seperti yang menakjubkan ini. Pada permukaan diameter lubang adalah 0,25 mil, dengan kedalaman mencapai 145 meter. Dengan jelas bisa diamati dengan menyelam.
blue hole 1blue hole 2
5. Mirny Diamond Mine – Serbia
Banyak orang telah melihat lubang satu ini. Mereka berpendapat bahwa penambangan intan ini hasil perbuatan manusia terburuk yang pernah ada di dunia. Pada kedalaman 525 meter dan diameter atas 1200 meter, bahkan telah ditetapkan larangan terbang di atas zona lubang karena beberapa helikopter pernah jatuh kedalam lubang tersebut.
mirny diamond mine 1mirny diamond mine 2Panah merah pada foto di atas adalah sebuah truk besar.
mirny diamond mine 3
6. Diavik Mine – Canada
Lubang yang luar biasa ini dapat ditemukan di 300km timur laut dari Yellowknife di Kanada. Ini adalah tambang yang sangat besar dan daerah yang jauh sehingga ia bahkan telah memiliki sendiri bandara dengan landasan yang cukup besar untuk menampung sebuah Boeing 737. Hal itu juga terlihat sama ketika air di sekililingnya membeku.
diavik  mine 1diavik  mine 2
7. Sink Hole – Guatemala
Pada tahun 2007 terjadi sebuah sink hole atau lubang sedalam 300 kaki yang sanggup menelan Patung Liberty.  Sinkhole disebabkan ketika air (air hujan atau kotoran biasanya) di dalam bumi hilang pada skala besar, sehingga menyebabkan perubahan tekanan dari bawah, ketidakstabilan alam dan menyebabkan permukaan tanah “collaps” atau runtuh ke dalam bumi,  menenggelamkan belasan rumah dan menewaskan setidaknya 3 orang.
sink hole 1sink hole 2sink hole 3

Saturday, 15 September 2012

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin letak jawatan di TV3

Pengacara dan wartawan penyiaran terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, membuat keputusan drastik untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa di stesen televisyen berkenaan mulai hari ini.
Menurut Nurul Syuhada, keputusan yang dibuatnya itu sudah lama dipertimbangkan dan langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi yang membabitkan dirinya.

“Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.
“Lagipun saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (hari ini) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3,” ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.
Beliau memulakan tugas bersama TV3 sebagai pengacara rancangan Nona pada 1 Januari 2006 setelah muncul sebagai juara program realiti televisyen, Malaysian Top Host pada tahun sebelumnya.
Nurul Syuhada merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) di Terengganu. Kustem kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.
Pada bulan Julai tahun lalu, pengacara kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mendirikan rumah tangga dengan Raja Amir Shah Raja Azwa, 30, seorang pegawai bank setelah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.
Menurut Nurul Syuhada, dia mengambil keputusan meletak jawatan kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga.
Beliau juga bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sama ada dalam bidang psikologi atau tamadun Islam.
Jelasnya, setelah enam tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk berehat serta mengikut kehendak suaminya supaya tidak terlalu aktif dengan kerjaya.
“Saya memang sudah meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa TV3 tetapi selepas ini saya hanya akan terlibat sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini,” jelasnya.
Katanya, keputusan tersebut juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hasrat suaminya untuk menimang cahaya mata setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Nurul Syuhada dan TV3 memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak. Dalam komennya, Nurul Syuhada menyifatkan Bintulu sebagai bandar daif.
Ekoran kontroversi itu, TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan media sementara Nurul Syuhada pula turut berbuat demikian dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan daripada pelbagai pihak.

Friday, 14 September 2012

Jiwang karat bersalutkan Ad-din


Sejak akhir-akhir ni, ramai yang sudah mulai sedar mengenai haramnya bercouple sebelum nikah. Mungkin ramai yang kurang setuju dengan pendapat syadid ini. Apapun pandangan yang ada... Alhamdulillah, ianya sedikit sebanyak membawa satu perubahan yang sangat positif. Ramai yang semakin berusaha untuk mencari nilai cinta "High Class".
Tapi....
Tidak dinafikan adakalanya diri ini naik mual dengan ayat-ayat yang di'post' di alam maya, seperti..
"Duhai mujahidku, mujahidahmu menanti di sini"
"Wahai my future husband, saya sedang upgrade diri saya ni. Di manakah anda?"
"Nak solat tahajjud sama-sama dengan suami nanti..."
"Kasih saya hanya untuk suami"
Dan berbagai-bagai lagi status jiwang karat bersalut islamik di'post' di alam maya.
Ya, cinta itu fitrah insani, tetapi tak perlulah sehingga terlalu berjiwang-jiwang dan berangan-angan di alam maya.
Ingatlah... isu ummah bukanlah couple yang dianggap halal semata-mata, tetapi banyak lagi sebenarnya. Isu membalut aurat dan bukannya menutup aurat, isu syria, isu palestin, dan banyaaaak lagi yang perlu kita titikberatkan.
Dan, kita juga perlu ingat, kita berubah menjadi lebih baik bukanlah kerana inginkan teman hidup yang baik semata-mata, tetapi kita ingin mendapatkan redha Allah!

Kenapa saya titikberatkan hal ini?
Cuba bayangkan. Kita upgrade diri kita menjadi orang yang lebih baik (contoh: memakai tudung) dengan harapan akan mendapat pasangan hidup yang baik, kerana janji Allah dalam surah an-nur.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."
(Surah an-Nur ayat 26)
Kemudian ditakdirkan Allah kita tidak mendapat juga pasangan hidup yang baik, sebaliknya dapat pula pasangan hidup yang kurang baik. Mungkin kita akan kecewa dengan Allah, dan mengatakan Allah memungkiri janji-Nya. Pada saat itu, ada tak kemungkinan untuk kita kembali menjadi seorang yang freehair? Ada kan?
Sedangkan Allah telah berfirman lagi:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
(Surah al-Ankabut ayat 2)
Matlamat kita perlu jelas, iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Oleh itu, walau apa pun yang kita buat, biarlah ianya diniatkan kerana Allah!
Takbir..!!!Allahhuakbar..!!!

Warkah berlagu pilu by Me


Assalamualaikum sahabatku, maaf andai kehadiran surat ini menganggu. Aku Cuma mengharapkan keikhlasanmu memahami kandungan surat ini yang mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan untuk segala dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah.
Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana aku gagal menjadi sahabat yang baik untukmu. Maaf kerana mejadi sahabat yang pernah menitiskan airmata mu. Maaf kerana pernah menyinggung perasaamu.
Maaf andai diriku pernah membuatmu kurang selesa dengan sikapku .Maaf andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku. Maaf, jika aku tidak mampu menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maaf juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yang sempurna dan baik untukmu. Aku Cuma seorang sahabat yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan yang seringkali tidak ku sedari. Sekali lagi, maaf sahabatku.
Aku mengutuskan warkah ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yang pernah kita kongsi bersama. Are you still remember our silly pictures in your laptop? I've mine too and it just makes me wet in tears. Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yang tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. Setulus hati, aku mohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku. Maaf sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.
"I just miss u. whether you still remember me or not, it's not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too."
 Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yang terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. I knew the meaning of ukhuwah when I was with you. Namun, maaf jika kau merasakan yang sebaliknya sepanjang mengenaliku. Terima kasih kerana pernah sudi meminjamkan bahu dan pelukan ketika airmataku tidak tertahan. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat!
Semoga setiap langkah yang terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yang sering melukaimu dan membuatkan kau menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.

Sahabat, kau berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan airmata seperti ketika kau bersama denganku. Maka itu, la tahzan ya ukhti. Uhibbuka Fillah.
Sepanjang kita bersama, terlalu banyak yang telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyayangi orang yang paling banyak berguna pada orang lain. Dan ku kira,, itu adalah engkau yang dimaksudkan. Maaf jika aku bukan seperti itu. Maaf kerana sering menyusahkan. Semoga Allah akan terus mencintaimu. Atas kebaikan dan keihklasamu.
Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu. Akhir sekali, Maaf andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa, maaf jika kehadiranku di hadapanmu membuatkan engkau merasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh yang mungkin.
Untuk setiap pemberian yang pernah engkau hadiahkan padaku, terima kasih atas keihlasan itu.. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku.
Akhir sekali, jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang untuk mendengar, jangan segan silu tuk mencari ku. Maaf juga kerana sehingga kini aku sendiri masih mencari jawapan untuk senyapmu itu. Maaf jika aku yang menjadikan engkau terus membisu. Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.
Surat ini kulayangkan sebagai tanda aku mengingatimu dan merinduimu. Sekali lagi, tolong ampunkan segala dosa dan kesilapan yang pernah aku lakukan. Halal kan lah jua setiap yang pernah kau berikan padaku mahupun harta benda mu yang pernah ku rosakkan dan hilangkan . Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan yang lebih baik untukmu.
Kini, aku sedang berusaha untuk mencari diriku sendiri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Wahai sahabat, ku mohon agar engkau sudi untuk memafkan segala kesilapan yang telah ku lakukan dalam sedar dan tidak ku. Semoga jua, Allah akan menemukanmu dengan seorang sahabat yang sejati. IsyaAllah, Amiin. Jaga kesihatan, jaga iman.
Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa untuk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa untuk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, dari jarak ini.
Yang ikhlas,
-sahabat lama mu-
*oppss terlebih sudah...hee
mood:tetiba rindukan sahabat saya...hmmm*

Harimau Muda ditawar beraksi di Liga Brazil


KUALA LUMPUR - Harimau Muda mendapat dua tawaran untuk berlatih dan beraksi dalam liga, iaitu sama ada meneruskan aksi di Slovakia seperti 2009 dan 2010 atau yang terbaru beralih angin untuk 'bersamba' di negara kuasa bola sepak dunia, Brazil.
Tawaran ini didedahkan jurulatihnya, Ong Kim Swee, yang menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dan Teknikal untuk menentukan pasukan A, B atau kemungkinan C yang dihantar ke negara berkenaan.
Beliau juga akan akur sekiranya aksi Harimau Muda A dalam Liga Singapura seperti musim ini dikekalkan pada musim depan.
Atau ia ditukarkan kepada dua lagi pasukan remaja itu demi meneruskan program pembangunan bola sepak negara.
"Kita mempunyai perancangan (bagi Harimau Muda) ke luar negara sama ada Slovakia atau Brazil (berlatih dan bermain di liga sana). Kami juga ditawarkan ke sana, untuk melihat apa bentuk tawarannya, tempat, kemudahan dan gelanggangnya," katanya di Menara TM di sini, semalam.
Kim Swee yang ditemui selepas majlis penyerahan cek penajaan dan insentif pasukan juara Sukan SEA 2011 oleh TM, bagaimanapun berkata, beliau kurang pasti dalam divisyen mana Harimau Muda ditawarkan bermain dan jadual musim baru liga kelab Brazil itu.
"Pengurusan (FAM) juga akan tentukan pasukan mana yang ke Liga Singapura. Kita ada perjanjian tiga atau empat tahun dengan negara itu, tetapi tidak semestinya mainkan Harimau Muda A, mungkin pasukan B dan mungkin ada pasukan C. Di Slovakia pula kita sudah ke sana dan pastinya akan bermain liga mereka," katanya.
"Saya berharap ia dapat diputuskan secepat mungkin supaya dapat menyiapkan jadual persahabatan di luar negara dengan beberapa pasukan Bawah 23 atau 21 kebangsaan mereka (bagi persediaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Naypyidaw 2013)," tambahnya.
Mengenai insentif TM yang disampaikan Ketua Pegawai Pemasarannya, Datuk Rozalila Abdul Rahman, kata Kim Swee: "Sudah tentu ini akan memberi dorongan yang lebih terutama 11 daripada 20 pemain Sukan SEA 2011 yang masih boleh bermain (di Naypyidaw) tahun depan.
"Ia juga akan menjadi motivasi kepada pemain lain untuk diserapkan ke pasukan ini pada masa akan datang, terutama apabila saya mahu memanggil mereka yang kini mewakili pasukan negeri seperti Zubir Azmi, Asri Chuchu dan Rozaimi Rahman bagi tempoh tujuh atau lapan bulan," katanya.
Tegas Kim Swee, beberapa negara jiran Asia Tenggara kini turut mengikut jejak Malaysia dengan menghantar pasukan belia berlatih dan bermain liga luar negara, justeru sepatutnya tidak timbul isu kelab atau negeri yang enggan melepaskan pemain mereka kepada FAM.
"Apabila dipanggil, pemain ini hak atau aset dan perlu berkhidmat untuk negara. Saya tidak boleh katakan pemain ini hak saya. Jika pasukan senior kebangsaan juga perlukan mereka, saya perlu benarkan ke sana walaupun kami mungkin dalam situasi menjadi juara Liga S," katanya.

Anda sayang ibu bapa anda kan??=)


Apabila kita mengalami kesusahan, ibu bapa kitalah orang pertama yang kita cari. Jika kita berada dalam kesedihan, ibu bapa jugalah yang akan dicari. Begitulah istimewanya hubungan anak dan ibu bapa dalam ikatan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Segala jasa dan pengorbanan yang ibu bapa curahkan sejak kita kecil sehingga besar adalah tidak ternilai. Malah, jika difikirkan, sebelum kita dilahirkan lagi ibu bapa telah bertungkus lumus mencari rezeki untuk memastikan kita dapat membesar dengan sihat dan selesa setelah dilahirkan.
Bukan itu sahaja, ibu dengan rela hati menggadaikan nyawa melahirkan kita. Setelah dilahirkan, ayah dengan perasaan penuh syukur dan gembira mendukung kita.
Sewaktu kita sedang membesar, ibu bapalah yang paling bahagia melihat kita mengecapi kejayaan walau sekecil mana pun kejayaan kita itu. Contohnya, ketika kita berjaya menuturkan perkataan pertama kita seperti, "Ma", mereka dengan perasaan penuh gembira mengkhabarkan berita itu kepada sanak saudara dan sahabat handai mereka.
Merekalah juga yang memimpin kita dengan penuh sabar semasa kita mengatur langkah-langkah pertama kita. Mereka yang mengangkat dan membasuh luka kita apabila kita tersungkur. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan kita.
Islam amat menitikberatkan umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Allah SWT telah menyatakan betapa pentingnya kita sebagai anak menjaga hubungan baik dengan ibu bapa di dalam Al-Qur'an;
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."
(Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu..."
(Surah Al-Israa', ayat 23 dan 24)
Allah SWT menegaskan kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa dalam beberapa ayat Al-Qur'an yang lain:
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua IBU BAPA, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)."
(Surah Al-Baqarah, ayat 215)
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua IBU BAPA, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;"
(Surah An-Nisaa', ayat 36)
Oleh sebab itu, seorang anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ia merupakan penghormatan tertinggi daripada anak dalam membalas jasa ibu bapa mereka.
Tanggungjawab berbuat baik kepada ibu bapa juga tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia. Anak masih boleh berdoa supaya ibu bapa mendapat keampunan daripada Allah. Allah SWT berfirman, maksudnya;
"...dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." 
(Surah Al-Israa', ayat 24)
Selain itu, setelah ibu bapa meninggal dunia, anak perlu melaksanakan wasiat mereka seperti membayar hutang (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: "Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Kesimpulannya, menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa merupakan amalan yang berterusan. Kasihi, hormati dan bantulah mereka semasa mereka masih hidup serta doakan mereka setelah mereka meninggal dunia. Tanpa redha mereka, kita tidak akan mengecapi redha Allah. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." (Riwayat al-Hakim)

Rasullah Idola Terunggul...


Nabi Muhammad SAW merupakan contoh teladan dan idola terunggul dalam meniti arus kehidupan yang penuh pancaroba. Sama ada sebagai pemimpin negara ataupun pemimpin di dalam rumahtangga, baginda merupakan contoh teladan yang terbaik kerana memiliki sifat-sifat yang terpuji sehinggakan baginda telah diberi gelaran Al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy kerana kejujuran baginda dalam setiap perbuatan dan perkataannya.
Peribadi mulia yang dimiliki baginda Nabi Muhammad SAW bukan sahaja dikagumi umat Islam sendiri malah turut dikagumi golongan bukan Islam. Baginda sentiasa mempamerkan sikap sopan-santun, lemah-lembut dan memberikan layanan yang baik kepada semua orang tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam. Oleh kerana keperibadian mulia baginda Rasulullah SAW, ramai golongan bukan Islam pada zaman baginda telah memeluk agama Islam kerana terpegun dan jatuh hati dengan akhlak yang dimiliki baginda.
Antara kisah yang masyhur ialah kisah baginda dengan seorang perempuan tua berbangsa Yahudi. Perempuan tua itu seringkali meletakkan najis dan duri di hadapan rumah baginda. Namun, baginda Rasulullah SAW sentiasa bersabar. Sehinggalah pada suatu hari baginda mendapati tiada kotoran di hadapan pintu rumah baginda. Maka, ketahuilah baginda SAW bahawa perempuan itu telah jatuh sakit lalu baginda telah pergi menziarahinya. Sikap baginda yang sentiasa sabar dan berbuat baik sesama manusia telah mendorong perempuan yang sering menyakiti baginda itu memeluk Islam kerana terkesan dengan akhlak mulia yang dimiliki baginda. Cukup tinggi budi pekerti baginda Rasulullah SAW.
Berdasarkan kisah tersebut, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk saling hormat-menghormati dan berbuat baik kepada setiap manusia, tidak kira Islam atau bukan Islam. Bahkan, baginda Rasulullah SAW tidak pernah menyuruh kita bermusuhan hanya kerana seseorang itu tidak seagama dengan kita. Betapa indahnya akhlak baginda yang sentiasa berbuat baik kepada setiap manusia tanpa mengira bangsa atau agama. Malah, keindahan akhlak Rasulullah SAW turut disebut di dalam Al-Quran;
"Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia."
(Surah Al-Qalam, ayat 4)
Ketinggian akhlak dan keunggulan Rasulullah SAW terus dikagumi umat Islam walaupun baginda telah lama wafat. Bahkan, Allah SWT menyuruh kita mencontohi dan meneladani akhlak baginda SAW kerana kesempurnaan akhlak yang dimiliki baginda. Firman Allah SWT;
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
(Surah Al-Ahzaab, ayat 21)
Meneliti khutbah terakhir sebelum berakhirnya usia baginda menyedarkan kita betapa kasihnya baginda terhadap kita semua sehingga menitis air mata Abu Bakar kerana beliau mengetahui bahawa Rasulullah SAW bakal meninggalkan umatnya. Pengisian khutbah terakhir baginda banyak mengandungi nasihat untuk sekalian manusia menandakan bimbangnya baginda terhadap umat Islam yang bakal ditinggalkan. Tiada apa yang lebih dikhuatiri baginda selain akidah umatnya sehinggakan pada akhir hayat baginda, tidak lekang di bibir baginda menyebut umatku, umatku, umatku.
Betapa kasih dan cintanya baginda Nabi Muhammad kepada kita. Tanyalah diri kita apa yang telah kita lakukan untuk membuktikan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW? Ayuhlah kita menjadi umat kesayangan baginda dengan mencontohi keperibadian baginda yang begitu indah dan mengenang kembali segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda kerana tanpa rindu dan cinta baginda SAW kepada kita semua, tidak mungkin kita dapat mengecapi nikmat terbesar yang Allah SWT sediakan kepada kita iaitu Iman dan Islam.
Dalam meniti kehidupan di dunia, kita hendaklah mencontohi keunggulan akhlak junjungan besar kita, Rasulullah SAW yang berpandukan syariat Islam. Ketika Siti Aisyah ditanya oleh para sahabat tentang akhlak Rasulullah SAW, beliau menjawab dengan singkat: "Akhlak Rasulullah SAW adalah Al-Qur'an." Hal ini kerana akhlak baginda adalah pancaran daripada nilai-nilai Al-Quran. Oleh itu, kita diseru untuk menghayati kehidupannya, pengajarannya dan menerapkannya dalam kehidupan seharian kita kerana Rasulullah merupakan contoh teladan yang terbaik sepanjang zaman.
Sesungguhnya orang yang mencintai Rasulullah dan selalu berselawat kepadanya akan menjadi orang yang paling dicintai baginda dan menduduki tempat yang hampir dengannya pada hari akhirat nanti. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang lebih hampir kepadaku dari kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku di dunia." (Hadis riwayat Anas RA)

Percintaan Jarak Jauh...hmmm


Husband and Wife???ahaa berbaloikah bercinta jarak jauh nih sebenarnya??haa mai kita share ya...hee=)

Rasa untuk bernikah adalah fitrah yang ALLAH datangkan dalam diri setiap hambaNYA. Manusia merindukan kasih sayang hidup berpasangan. Kita menginginkan kemesraan dan kebahagiaan melingkari kehidupan bila mana kita memilih untuk bernikah.
Namun situasi hari ini, suami dan isteri kadang-kadang menghadapi dilema perpisahan - perhubungan jarak jauh - kerana tuntutan kerjaya. Berjumpa sebulan sekali atau dua kali. Atau jarang sekali.
Si isteri bekerja di negeri atau negara lain dengan gaji yang selesa. Si suami juga berada di tempat kerja lain, yang mungkin juga di kampung halaman sendiri yang menjadi keselesaan dan keutamaan.
Lalu apakah nilai pernikahan jika dihambat perpisahan dan kejauhan?
Suami mengharapkan belaian cinta kasih isteri, yang dulunya haram.. kini setelah halal bermesra-mesra , namun berjauhan pula?
Isteri berharap suami menjadi teman cinta yang melindungi dan menjaga dirinya dalam pelbagai perkara, namun suami jauh terpisah oleh sempadan negeri dan negara?
Rezeki dan Ekonomi 
Pandangan peribadi saya, isteri lah yang wajar mengikut jejak suami, walau di bumi mana sekalipun suami bertugas. Apatah lagi, jika ia adalah permintaan suami, maka isteri wajib berusaha untuk taat dan melepaskan kerjayanya. (Namun ada kerjaya tertentu seperti tentera, kelasi dll yang pastinya tidak memungkinkan isteri mengikut suami).
Kewajipan untuk taat dan mengikut suami bukanlah syariat ALLAH yang zalim. Maha Suci Allah dari semua itu. ALLAH sebaik-baik penyusun kehidupan, maka kita bersangka baik bahawa semua sistem dan peraturan yang ALLAH letakkan antara suami dan isteri adalah untuk memelihara kehidupan bekeluarga.
Kalau berhenti kerja, atau bertukar kerja.. akan memberi kesan kepada gaji dan pendapatan?
Usah bimbang, yakinlah ALLAH adalah pemberi rezeki yang sempurna. ALLAH menyusun setepat-tepatnya rezeki buat kita semua – suami, isteri, anak-anak, ibu bapa hatta setiap manusia itu ALLAH telah tetapkan rezekinya.
Kita hanya perlu berusaha pada kadar yang kita mampu.
Jika suami meminta isteri berhenti kerja, suami juga menyatakan kemampuan menanggung isteri sepenuhnya, subhanallah..inilah yang terbaik. Terbaik kerana terungkap dalam firman ALLAH, bahawa lelaki itu yang seharusnya menyara kehidupan seorang isteri.
Maka dengan keringat suami bekerja, akan cukup makan minum dan pakai seorang isteri. Punya tempat berteduh. Punya kenderaan yang boleh membawa suami dan isteri ke mana-mana.
Namun harus diingat, gaji suami tak akan pernah cukup untuk isteri yang 'high maintenance'.. banyak keinginan material dan punya nafsu shopping atau berbelanja yang tinggi..
Selain itu, benar sekali kata-kata yang biasa didengar "anak itu rezeki..".
Ya, ALLAH jua telah tetapkan ada rezeki untuk anak-anak itu, kita hanya berusaha mencarinya dengan cara yang terbaik, bukan dengan cara yang boleh mengancam hubungan suami isteri.
Mak ayah kita orang susah...?
Bantulah ibu dan ayah mengikut kemampuan kita..dan sebenarnya, adakah ibu dan ayah hanya perlu pada duit dan sumbangan material kita?
Tak. Maka jangan disempitkan erti memberi dan berbakti pada ibu dan ayah.
Sesungguhnya ibu bapa memerlukan anak yang soleh itu lebih dari segala-galanya.
Anak yang soleh, mendoakan keselamatan dan kebahagiaan ibu ayah di dunia dan akhirat. Apatah lagi jika ibu dan ayah semakin tua, anak-anak terlebih lagi perlu mengingatkan ibu dan ayah kepada dunia yang akan habis dan ditinggalkan.
Berharganya pemberian anak-anak bukan pada nilai ringgit malaysia dua ratus atau dua ribu sebulan, tapi pada keikhlasan dan istiqamah dalam menghulurkan. Ini yang menjadi nilaian ALLAH.
Anak yang soleh adalah anak yang bertaqwa. Bukankah ALLAh telah berjanji, akan sentiasa ada rezeki buat hamba-hambaNya yang bertaqwa?
Dan bertaqwa itu datangnya dari ilmu. Maka suami dan isteri usahakan mencari ilmu agama dan dunia dengan seimbang. Dalam sibuk mencari rezeki, usahakan ke kelas agama- belajar Al Quran dan Hadis, belajarlah ilmu-ilmu ALLAh yang memandu kita kepada kebahagiaan sebenar.
Supaya kemudian, bila ilmu dan taqwa menjadi bekal diri... hati merasa lapang, lagi merasa cukup dengan pendapatan bulanan. Mampu menjadi suami dan isteri yang bahagia bersyukur dengan rezeki ALLAH.
Dan yang penting juga, perlu memiliki pengurusan kewangan yang baik. Selain belanja kita suami isteri, hutang-hutang, bil-bil, sewa rumah dan kereta, jangan lupa masukkan dalam bajet bulan – sumbangan atau sedekah kita pada ibu ayah, adik beradik dan ahli keluarga terdekat. Boleh juga disediakan bajet untuk sedekah pada insan-insan yang memerlukan.
"If you want to feel rich, just count all of the things you have that money cannot buy "
Setelah mengatur kewangan dengan baik, setelah berusaha dan berdoa pada ALLAH agar dilapangkan rezeki...apakah masih tidak cukup gaji bulanan..?
Ayuh muhasabah harta benda yang dimiliki..Mungkin ada di sana sini yang kita berbelanja mengikut nafsu..
Berapa almari pakaian kita? Berapa banyak handbag kita? Berapa pasang kasut yang kita miliki? Jam tangan, handphone, alat make-up, perhiasan diri dan rumah... semua ini dibolehkan namun bersederhanalah.
Duduk jauh vs duduk sekali
Setelah duduk satu rumah, hari-hari bertemu muka... awal-awalnya kalian merasakan kebahagiaan hidup berdua. Saling memanjai, saling berkasih sayang, segala aktiviti terasa 'sweet' dan indah.
Dalam masa yang sama, berhati-hatilah dengan tipudaya syaitan. Syaitan telah bersumpah di hadapan ALLAH untuk memecahbelahkan kasih sayang dan persaudaraan. Rasul SAW juga mengungkap dalam hadisnya bahawa syaitan sentiasa bersama kita dalam setiap keadaan , dan mudah mempengaruhi bila kita lupakan ALLAH.
Dan syaitan yang paling hebat mendapat pengiktirafan di kalangan 'geng' mereka adalah, syaitan yang berjaya memisah-misahkan suami isteri..
"Dulu masa bercinta ok je? Dulu masa duduk jauh ok je? Kenapa sekarang macam banyak je yang tak kena.. Asyik nak bergaduh..."
Saat berjauhan, hati sering merindu. Ada rasa teruja dan bersemangat menanti pertemuan saban minggu atau saban bulan. Hati dan diri berusaha memberi yang terbaik pada pasangan.
Namun bila duduk satu rumah, semakin banyak perkara yang dihadapi bersama, pastinya suasana menjadi lain. Apatah lagi perasaan cinta selepas bernikah, sukar untuk terus segar seiring dengan masa.
Percayalah..semua pasangan akan berkonflik untuk fasa membangunkan keserasian dan kefahaman.
Jadi harus positif, bersedia untuk belajar dan berubah. Kebahagiaan dalam pernikahan tidak subur dengan sendirinya, perlu konsisten berbuat baik, perlu bermujahadah untuk berakhlak baik, perlu ikhlas... mencintai dan melayani suami dan isteri kerana benar-benar inginkan redha tuhan.
Jika tidak ikhlas mencintai manusia kerana ALLAH , hati terasa sakit mencintai manusia. Tanpa ALLAH di hati, hati tak mampu memaafkan.

Ujian bakal menerpa silih berganti. Ujian kewangan, ujian mertua dan ipar duai, ujian hubungan seksual, ujian kerjaya, ujian komunikasi dan lain-lain lagi bentuk ujian kecil dan besar...
Malah betapa banyaknya pasangan yang rasa 'sesak dada' menghadapi pelbagai-bagai perbezaan yang seakan menghapuskan cinta yang pernah mekar di dalam dada. Perbezaan psikologi lelaki dan perempuan, cara bertindak, dan cara berperasaan..jika tidak berusaha difahami, isteri semakin bosan dengan gelagat suami, suami semakin bosan juga dengan kerenah isteri..
Juga cara berpenampilan, cara makan dan minum, cara tidur, cara mengemas, cara menjaga kebersihan, cara bersosial, cara mendidik anak, cara bershopping... salah satunya atau kebanyakkan perkara ini jika tak ditangani dengan baik menjadikan hati-hati kita kecewa dengan pernikahan.
Malah jika semua bentuk-bentuk ujian ini tidak dihadapi dengan emosi dan pemikiran yang matang, bersedialah anda untuk bercerai selepas dua tiga tahun usia pernikahan..
Perkongsian ini bukan untuk menakutkan, tapi dari pengalaman isteri-isteri /jua suami-suami yang berkongsi permasalahan.
Ayuh belajar berkomunikasi dengan baik dalam hubungan pernikahan yang dijalin ALLAH ini. Ungkapkan terima kasih dan penghargaan atas perkara kecil dan besar yang dilakukan pasangan. Nyatakan ketidakpuasan hati jua teguran dengan hikmah dan bijak. Saling menasihati dengan kesabaran dan kasih sayang..
Oleh itu, andai diri bersedia untuk duduk dekat dan serumah dengan suami, bersedialah mental dan fizikal untuk melaksanakan kewajipan sebagai isteri, sebaiknya dan seikhlasnya.
Bagi yang bujang, ada yang sering merasa 'kecederaan hati' melihat kebahagiaan pasangan yang gambar bahagia terpapar di mana-mana blog atau forum maya, namun realitinya.. Di sebalik gambar-gambar dan wajah-wajah bahagia itu, ada pasangan suami isteri itu yang lebih 'tercedera' lagi hati mereka dengan sikap pasangan dan situasi rumahtangga yang diuji.
Isteri Sebagai Pencorak Rumahtangga
Dalam sebuah buku yang saya baca, jatuh bangun sesebuah rumahtangga banyak ditentukan oleh peranan isteri dan ibu. Kejayaan dan kegagalan seorang suami juga ada pengaruh besar dari isteri. Maka atas sebab itulah, saya memberi pandangan bahawa yang terbaik adalah isteri menjadi isteri dan ibu sepenuh masa. Tanpa perlu bekerja pada mana-mana majikan lain.
Cukuplah ALLAH dan suami menjadi majikan. Isteri dan ibu fokus pada membina keluarga yang menjadi tempat berteduh yang nyaman dan harmoni buat suami dan anak-anak. [Dalam masa yang sama, ada pertimbangan-pertimbangan lain yang kita bersetuju bilamana isteri terpaksa bekerja.]
Suami akan tenang bekerja, dan kuat menghadapi tanggungjawab lain di luar rumah dengan adanya isteri di rumah yang juga tenang dan kuat. Tenang lagi menenangkan. Isteri yang berilmu dan beriman. Isteri yang hatinya luas dengan kasih sayang, sabar dan bijak menghadapi suami yang stress dengan kerjaya dan ujian lain. Isteri yang cekap menguruskan kerja-kerja rumahtangga dan berhemah menguruskan belanjawan rumahtangga.
Namun bila bekerja, isteri seakan telah habis emosinya di tempat kerja, dengan bebanan kerja yang meragut senyuman dan ketenangan hati seorang isteri dan ibu. Pulang ke rumah, suami dan anak-anak tidak punya wajah teduh seorang isteri dan ibu, kerana ibu juga pulang bekerja dengan rasa kepenatan mengejar dateline dan seribu satu tugasan di tempat kerja.
Pada wanita yang terpaksa bekerja, moga ALLAH membantu meringankan beban kalian menghadapi tanggungjawab mencari rezeki..moga ada jalan keluar untuk masalah ekonomi yang tak kunjung sudah..
"Bosannya duduk rumah..."
Bosan akan kadang-kadang menimpa, bukan sekadar pada isteri yang duduk di rumah, mereka yang di tempat kerja juga kadang-kadang merasa bosan dan malas dengan rutin kerja seharian..
Ya, harus saya akui kadang-kadang hadir rasa bosan tinggal di rumah bersama anak dan melakukan kerja-kerja rumah, namun itu adalah perasaan yang sangat manusiawi. Maka saya mencari aktiviti-aktiviti pelbagai yang boleh dilakukan di dalam dan luar rumah, selagi dalam batas syariat ALLAH, agar kita dapat menjaga semangat dan keikhlasan dalam berkhidmat untuk keluarga..
Malah dengan adanya dunia tanpa sempadaan di alam maya, maka pelbagai bisnes dan aktiviti yang boleh mendatangkan keuntungan di lakukan secara online. Belajarlah ilmu ini dari yang telah berjaya melakukan.
Jangan sekadar menghabiskan jam-jam yang bayak depan internet, hanya sembang kosong, bergosip ..namun jadikan kemudahan internet sebagai ruang untuk menambah pendapatan, menambah ilmu agama dan dunia, untuk mempertingkat kualiti diri sebagai manusia melalui laman-laman web yang membina.

Penghilang bosan yang utama adalah mengingatkan diri kita hakikat kehidupan. Kita dalam perjalanan pulang bertemu tuhan..kalau bosan, tidak boleh berlama-lama. Kalau sedih, usah larut panjang berjela. Kalau marah, tahanlah semampunya, maafkanlah semua..Mintalah maaf dari orang yang kita lukai, mohonlah ampun pada ALLAH..
Kuatkan hati, bangun semula..
Bila telah memilih berhenti kerja kerana mengikut suami, jangan menyesali keputusan yang dibuat.
Berbaloikah pengorbanan kita meninggalkan kerjaya yang stabil, hanya untuk melalui ujian rumahtangga yang sebegini..?
Berbaloi insyaALLAH.. Kalian memilih berhenti kerja, kerana cinta dan niat murni memberi yang terbaik untuk suami dan keluarga, maka ALLAh akan menjaga kalian. ALLAH adalah sebaik-baik pemelihara diri kita, dan pemelihara cinta kita.
Yakinlah. Berusahalah menjadi hamba yang soleh. Berimanlah pada ketentuan tuhan.
Moga pilihan kita hari ini akan memberi makna dan nilai yang besar pada saatnya waktu bertemu tuhan.
Sekian perkongsian, moga bermanfaat~